GEORGE TOWN: Teka-teki siapa yang bakal terpilih menjadi Timbalan Ketua Menteri dan juga barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang yang baharu akan terjawab sedikit masa lagi.
Meskipun senarai Exco belum diketahui namun Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.
Sabtu lepas, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan untuk menentukan barisan Exco yang akan dipilih kelak.
Kon Yeow sekali lagi dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua selepas gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri pada Sabtu.
DAP menjadi penyumbang terbesar kemenangan apabila memenangi kesemua 19 kerusi yang ditandingi.
PKR turut menyumbang tujuh kerusi menerusi kemenangan calon-calonnya di kerusi DUN Machang Bubok, Bukit Tambun, Bukit Tengah, Batu Maung, Pantai Jerejak, Batu Uban dan Kebun Bunga.
Manakala BN menang dua kerusi di DUN Bertam dan Sungai Acheh dan Amanah menang kerusi tunggal di Bayan Lepas.
Sementara itu, Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika dihubungi Astro AWANI berkata keputusan sama ada BN negeri akan mempunyai wakil dalam pentadbiran kerajaan negeri akan diputuskan dalam Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan.
"Kita di sini ,serahkan kepada kebijaksanaan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan perkara tersebut, sekiranya ada maklumat terkini, kita akan maklumkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sekiranya permintaan BN itu diterima, BN akan kembali menyertai kerajaan negeri selepas 15 tahun menjadi pembangkang di Pulau Pinang.
Sebelum PRN, nama Reezal yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan antara disebut-sebut bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN membentuk kerajaan negeri.
PRN: Untuk keputusan penuh, siapa menang dan siapa kecundang klik di SINI!
Sabtu lepas, Reezal Merican menang dengan majoriti 2,321 undi mengatasi penyandang kerusi DUN Bertam Khaliq Mehtab dari Bersatu.
Turut disebut- sebut bakal menyandang Jawatan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, adalah ADUN Batu Uban dari PKR, A Kumaresan.
Kumaresan menang 22,773 undi mengalahkan Mok Kok On (PN-Gerakan) yang meraih 6,065 undi dan Lee Kim Noor dari parti (Muda) yang mendapat 803 undi.
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik berkata, setakat ini, pihak PKR dan BN sudah mengadakan pertemuan bersama dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
"Bagi pihak PKR dan BN kita sudah bertemu dengan Ketua Menteri, PKR juga sudah persembahkan tiga nama untuk Jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Exco, dan BN juga turut menyerahkan nama wakil mereka,
tetapi apa pun kita tunggu keputusan atau pengumuman daripada Ketua Menteri, sama ada malam ini atau esok, lagipun Majlis Angkat Sumpah jawatan Rabu ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Penggal lepas, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dari PKR dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri I, manakala Prof P. Ramasamy dari DAP menjadi Timbalan Ketua Menteri II.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 14 2023
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow menandatangani watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini. - Foto BERNAMA
Daftar pemilih tambahan April 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari hingga 19 Jun ini.
Lelaki ceroboh Balai Polis Dato' Keramat dituduh halang tugas penjawat awam
Seorang penjaga parkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang tugas anggota sentri berpangkat Lans Koperal di Balai Polis Dato' Keramat.
KL dinobat bandar raya kedua terhebat di Asia Tenggara
Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar raya kedua terhebat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura yang disenaraikan dalam Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024.
Penumpang pesawat SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Seorang penumpang pesawat SIA dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow London ke Lapangan Terbang Changi di Singapura pada Selasa.
Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini.
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual
Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II
Pelantikan Mohammad tamatkan spekulasi sebelum ini bahawa ADUN Bertam, Reezal Merican akan dilantik ke jawatan itu.
Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.
Pulau Pinang benarkan ibadah korban dengan SOP ketat
Pulau Pinang membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di masjid, surau dan di pusat sembelihan.
Biar orang ramai nilai pendirian kritikal kami - MPN
Majlis Profesor Negara (MPN) berkata ia akan terus memperjuangkan dan memberi maklum balas yang relevan
Selain LTTE, wujudkan juga kertas putih mengenai Zakir Naik, kata P Ramasamy kepada Pas
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P Ramasamy berkata beliau tiada masalah sekiranya kerajaan mahu mewujudkan Kertas Putih mengenai Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia.
Bekas TKM Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, tengah hari tadi.